Dato’ Dr. Haji Ahmad Kamal bin Abdullah atau nama penanya KEMALA atau juga dikenali juga sebagai Akmal Jiwa merupakan Sasterawan Negara Malaysia Ke-11 (2012).
Beliau dilahirkan di sebuah kampung di Gombak, Selangor, dan merupakan anak ketiga daripada sepasang suami isteri, iaitu Abdullah bin Daud (meninggal pada tahun 1945) dengan Rukiyah binti Amir. Sebelum menikahi Rukiyah, Abdullah telah beristeri dengan seorang perempuan bernama Siti Hawa yang menetap di Rawang, Selangor. Daripada perkahwinan itu, mereka telah mendapat seorang puteri. Ahmad Kamal mempunyai empat orang adik beradik seibu sebapa. Abangnya yang sulung bernama Kamaruzzaman, meninggal dunia semasa kecil. Selepas itu beliau mendapat seorang kakak perempuan bernama Narimah yang lahir pada tahun 1939. Pada 30 Januari 1941 lahir pula putera yang diberi nama Ahmad Kamal. Adik Kemala, Taufik meninggal semasa kecil.
Ahmad Kamal bin Abdullah telah memulakan kerjaya dalam bidang penulisannya bermula pada tahun 1954 lagi, iaitu sejak di bangku sekolah Melayu. Sehingga kini, dia terus menerus berkarya tanpa mengenal jemu. Bakatnya diserlahkan semasa beliau belajar di Maktab Perguruan Sultan Idris. Sewaktu itu karya-karyanya telah menjengah di dada-dada akhbar dan majalah tanah air, antaranya Utusan Pamuda, Waktu, Hiburan, Mutiara, Mastika, Bulanan Malaya, Utusan Zaman, dan Berita Minggu. Beliau juga mementaskan dramanya berjudul “Lembayung Senja” di Dewan Suluh Budiman, di MPSI.
Seterusnya, beliau tidak jemu-jemu menulis walaupun selepas ditukarkan mengajar di daerah pedalaman di Selangor pada masa itu, seperti di Sekolah Melayu Tiram Buruk, Tanjong Karang (1963-1967) dan di Sekolah Teluk Gong, Kelang (1968). Di situ beliau bergaul bersama petani dan mereka yang kelaparan tanah. Jerit derita, dan sumsum sengsara para petani dan para marhaen Tanjong Karang dan Teluk Gong itu terungkap tajam dalam sajak-sajak yang sebahagiannya termuat dalam kumpulan puisinya Timbang Terima (1970).
Korpus karya Kemala terdiri daripada genre puisi, sedikit dalam genre cerpen, drama dan cerita kanak-kanak, tetapi banyak dalam penulisan esei dan buku ilmiah. Bakatnya merendang dan namanya menjulang, apabila beliau bekerja di Dewan Bahasa dan Pustaka sejak 1968, bermula sebagai penolong penyunting, menjadi editor majalah-majalah sastera dan berbagai lagi, akhirnya bersara pada tahun 1996 sebagai Ketua Bahagian Kesusasteraan Bandingan.
Born | 30 Januari 1941 |
34 works Add another?
Sorted by:
Most Editions
|
First Published
|
Most Recent
|
Top Rated
|
Reading Log
|
Random
Showing all works by author. Would you like to see only ebooks?
Born | 30 Januari 1941 |
Subjects
History and criticism, Malay poetry, Malay literature, Interviews, Malay Authors, Comparative literature, Creation (Literary, artistic, etc.), Creation (Literary, artistic, etc.)., Creative writing, English poetry, Foreign and Malay, Indonesian poetry, Islamic influences, Malay Islamic poetry, Malay and Foreign, Modern Poetry, Sa92 04, Symbolism in literature, TranslationsPlaces
MalaysiaPeople
Shahnon Ahmad (1933-)Time
20th centuryID Numbers
- OLID: OL523148A
Links (outside Open Library)
No links yet. Add one?
Alternative names
- Kemala
- Akmal Jiwa
- Dato’ Dr. Haji Ahmad Kamal bin Abdullah
November 5, 2016 | Edited by Yosri | Edited without comment. |
November 5, 2016 | Edited by Yosri | Edited without comment. |
November 5, 2016 | Edited by Yosri | Edited without comment. |
April 1, 2008 | Created by an anonymous user | initial import |