Buy this book
BUKU 'Burung Merbuk' mengandungi 22 bab berupa sebuah kajian tentang burung merbuk antara jenis burung yang popular di Malaysia, malah rantau Asian. Merbuk dalam buku ini diperkenalkan secara terperinci sama ada pada latar kehidupannya juga hubungannya yang intim dengan manusia sehingga tumbuh suatu kepercayaan bahawa merbuk memiliki sifat-sifat yang unik.
Namun sesuai dengan pandangan pengarangnya, walaupun apa jua kepercayaanyang dihubung kaitkan dengan burung merbuk, perlulah diambik bahawa sesungguhnya baik dan buruk itu ditentukan oleh Allah S.W.T.
Maka terlepas dari persoalan itu buku ini menjelaskan semua ciri-ciri keunikan burung merbuk secara ilmiah dan saintifik. Dari mengenali rupa dan sifat burung itu, pengarang membawa pembaca mengenali cara memelihara, menurun baka, merawat termasuk sistem pertandingan seni suara merbuk yang cukup popular di Malaysia, di Thailand, di Indonesia juga di Filipina.
Oleh yang demikian Majlis Kebudayaan Negeri Kedah darul Aman di bawah penelitian Zamalah Ceretira Budaya, melihat bahawa 'Burung Merbuk' sesuai diterbitkan dalam bentuk buku sebagai sebuah dokumentasi yang bermanfaat kepada kita dan para peminat merbuk di seluruh tanah air.
'BUDAYA NILAI BANGSA'
Y.B. DATO' HAJI SYED RAZAK BIN SYED ZAIN
DSDK., KMN., BKM., JP.
Yang Dipertua
Majlis Kebudayaan Negeri,
Ahli Majlis Menyuarat Kerajaan Negeri Kedah
Buy this book
Showing 1 featured edition. View all 1 editions?
Edition | Availability |
---|---|
1 |
aaaa
|
Book Details
First Sentence
"MINAT mengkaji dan menulis buku 'Burung Merbuk' kerana tertarik dengan ciri-ciri geopelia striata ini sebagai cukup unik jika dibandingkan dengan jenis burung-burung yang lain. Bagaimana hubungannya yang menjadi amat intim dengan manusia sehingga ianya dipuja kerana suaranya, sisiknya dan dianggap memiliki daya ghaib yang mempengaruhi untung rugi, baik buruk dalam kehidupan manusian. Keunikan itulah yang mendorongkan saya mengkaji sama ada secara ilmiah ataupun sumber lisan dari mereka yang tahu tentang burung merbuk. Disamping kajian ilmiah melalui Jabatan Perkhidmatan Haiwan dan buku-buku rujukan, penulisan ini banyak dibantu oleh orang-orang cukup tahu tentang burung merbuk. Pengetahuan mereka cukup mendalam serta bertanggungjawab. maklumat mengenai suara, unsur seni, fiil atau tingkah laku, sifat-sifat haiwan ini termasuk cara-cara memeliharanya, makan minum, kesesuaian sangkar adalah ilmu bersumberkan petua dan pecaman yang diwarisi dari orang yang terdahulu. Buku ini diharap dapat membantu pembaca dan para peminat mengenali lebih mendalam tentang burung merbuk. Semoga sumbangan kecil ini akan bmemberi banyak manfaat kepada semua pihak. Sekian. MARIKAN HAJI HAMID"
Table of Contents
Edition Notes
In Malay.
Includes bibliographical references (p. 153).
Classifications
The Physical Object
ID Numbers
Community Reviews (0)
Feedback?History
- Created April 1, 2008
- 17 revisions
Wikipedia citation
×CloseCopy and paste this code into your Wikipedia page. Need help?
December 3, 2020 | Edited by MARC Bot | import existing book |
April 13, 2010 | Edited by Open Library Bot | Linked existing covers to the edition. |
March 25, 2010 | Edited by 121.120.149.15 | 16 |
December 11, 2009 | Edited by WorkBot | link works |
April 1, 2008 | Created by an anonymous user | Imported from Scriblio MARC record |